Sama Nama Dengan Anak Bakal Lahir, Adik Jadi Bingung Kakak Ipar Tiri Sarat Mengandung Mahu Nama Anjingnya Ditukar Padahal…

Seorang wanita yang sarat mengandung mahukan adik ipar tirinya untuk menukar nama anjingnya kerana nama tersebut dikatakan sama seperti nama yang akan diberikan kepada bayi yang bakal lahir.

Sebuah laman komuniti di Korea telah membahaskan pada 19 Mei 2021 mengenai satu artikel bertajuk Kakak Tiri Mahu Saya Tukar Nama Anjing, Adakah Wajar?

Menurut penulis tersebut, beberapa bulan lalu, dia baru saja mempunyai seekor anak anjing dengan menamakan anjing tersebut Happiness. Hubungan abang dan kakak tirinya itu tidaklah terlalu istimewa kerana jarak umur mereka tidak jauh berbeza.

Masalah timbul apabila dia berjumpa keluarga abangnya di cuti hari kanak-kanak. Waktu berjumpa, anak saudaranya bertanya mengenai nama anjingnya itu. Kakak tirinya yang mendengar nama anjingnya telah meminta dia untuk menukar nama anjingnya itu.

Foto hiasan X-Frame

Dia memberikan alasan bahawa dia mahu menamakan bayi yang dikandungkan itu dengan mama yang sama. Bagaimanapun, penulis ini tidak mahu menukarnya sekarang. Paling menyedihkan apabila abang kandungnya itu telah membela kakak tirinya dengan mengatakan akan memberikan wang tambahan kepada dirinya dan mahu dia mengikut kata wanita mengandung.

“Saya akan tukar nama anjing selepas terima wang tersebut tetapi saya tak mahu tukar kerana saya bingung. Saya rasa tidak selesa kerana saya rasa tidak melakukan sebarang kesalahan,” kata penulis.

Ternyata, luahan rasa penulis mendapat reaksi dan belas kasihan dari warganet yang menyebelahi dirinya. Ada juga mengatakan mengalami masalah yang sama sebelum ini. Ada juga mengatakan binatang peliharaan kini adalah sebuah keluarga.

Lebih kelakar, ada yang mencadangkan penulis untuk mengambil wang tersebut dan mengaku sudah tukar nama anjing padahal tidak tukar sama sekali. Malah, ada yang kata tukar nama anjing itu kepada nama kakak tirinya.

Kongsikan artikel ini