Saya Bersalah! Akhirnya… Daud Kim Mengaku Dah Kahwin & Guna Islam Untuk Youtube

Youtuber Mualaf Korea, Daud Kim akhirnya memuat naik video mohon maaf sekali lagi dengan menjelaskan lebih dalam segala kesalahan yang dilakukannya. Malah, dia turut mengakui permohonan maaf yang dilakukan sebelum ini tidak benar serta segala yang dikatakan mangsa salah laku seks itu benar belaka.

Lebih teruk lagi, Daud juga mengaku dia lebih banyak menggunakan isi kandungan tentang Islam demi meraih penonton untuk saluran youtubenya daripada dia sendiri yang sepatutnya mempelajari Islam. Malah, Daud juga turut memohon maaf kepada semua rakan mualaf Korea kerana telah melukakan hati mereka sekali gus memburukan imej Muslim Korea.


Turut mengakui, Daud sebenarnya sudah sah berkahwin dengan wanita Rusia tiga tahun lalu dan mempunyai seorang anak lelaki. Bagaimanapun, perkahwinan mereka tidak bahagia dan dia kini hanya menghubungi isterinya untuk berjumpa anaknya saja. Selain dari itu, Daud turut memberitahu bahawa dirinya masih lagi minum arak dan keluar berfoya-foya dengan wanita lain selepas memeluk Islam.

Untuk itu, Daud mahu semua orang jangan menunding jari kepada orang lain kerana apa yang berlaku sekarang ini semuanya berpunca dari kesilapan dirinya. Untuk mengetahui lanjut, anda boleh menonton sendiri video pengakuan tersebut.

https://www.youtube.com/watch?v=f0s5GSAP36Y



Kongsikan artikel ini