Virus Korona bukan saja mengurangkan populasi masyarakat dunia, malah selera dan rutin harian manusia turut berubah 360 Darjah demi menjaga keselamatan diri.
Berikutan kes pandemik Covid-19 masih belum ditahap yang melegakan, pencarian destinasi pelancongan di Korea telah berubah dari taman tema Everland kepada Taman Hangang.
Pada 2019, Taman Tema Everland menjadi destinasi pertama pilihan orang Korea dan pelancong asing yang berkunjung di negara KPOP. Bagaimanapun, lokasi ini jatuh ditangga ke sepulah untuk kajian tahun 2020.
Lebih mengejutkan, Jamsil Lotte World yang berada di tangga kedua tahun 2019 pula jatuh ke tangga ke 15. Perubahan ketara ini melihat masyarakat lebih memilih lokasi yang terbuka dan mengelakkan dari tempat yang sempit.
Mengikut analis dari Data T Map Navigation, Everland dan Lotte World yang berada di kedudukan pertama dan kedua terpaksa memberi laluan ke pada Taman Hangang Yeouido dan pantai Eulwang Ri bagi kajian 2020.
Malah, aktiviti pelancongan luar seperti berkelah di taman dan pantai menjadi pencarian tertinggi. Lokasi yang berada di kedudukan ketiga, empat dan kelima ialah Pulau Wolmido di Incheon, Sokcho Tourism dan Pasar Ikan dan Pantai Gyeongpo di Gangneung.
Perkampungan Seni Heiri pula berada di kedudukan ke enam yang mana tahun 2019 di kedudukan yang ke 10. Oido Red Lighthouse yang menjadi simbolik Siheung di Gyeonggi Do pula menjadi pilihan yang ketujuh.
Pantai yang indah dengan pemandangan malam dan matahari terbit dan terbenam, Taman Tasik Gwanggyo menjadi pilihan ke-8. Manakala lokasi yang dipanggil Stairway to Heaven iaitu Pantai Sokcho di tangga ke 9.
Kuil Naksan di Yangyang kekal di tempat yang sama dan Taman Sungai Han Banpo berada di kedudukan ke 12. Pantai Daecheon, Gwangju Talk Forest dan Muzium Seogwipo Oseolokti masing-masing ditangga ke 13, 14 dan 15. Oleh itu, kepada yang merancang untuk ke Korea selepas menerima vaksin nanti, jangan lupa semak lokasi ini supaya anda lebih berjaga-jaga.