Minta maaf andai kata sebutan kami salah. Kami harap Aina Abdul sendiri dapat komen cara nyanyian kami. Itulah dia luahan dua Korea popular iaitu HoonDoo menerusi saluran Youtube mereka HoonDooTV.
Persembahan HoonDoo menerusi lagu asli ciptaan Aina Abdul ini ternyata meruntuh jiwa ramai pendengar dengan sebutan yang baik dan menyentuh jiwa. Malah, ramai juga meremang bulu roma dan tidak menyangka, HoonDoo yang terdiri dari Hoon dan Jisoo boleh menyanyikan lagu ini dengan baik.
Malah, tidak dapat dinafikan, jikalau ramai tidak tahu, pasti ingat lagu ini adalah lagu asal dari duo yang pernah tular kerana menyanyikan lagu Negaraku. Lebih mengejutkan, inisiatif yang dilaksanakan mereka apabila susunan muzik telah digubah selera dengan cita rasa Korea.
Menurut pasangan ini, mereka teruja menyanyikan lagu semalam selepas mereka menyanyikan semula lagu Sepi dari Aina Abdul yang liriknya ditulis dalam bahasa Korea. Selepas ini, baik Hoon dan Jisoo, mereka berdua bersedia untuk menyanyikan lebih banyak lagu Melayu.
Agak-agaknya, apa akan jadi apabila mereka menyanyi lagu Nirmala dari Dato Seri Siti Nurhaliza? Mungkinkah impak yang sama ? Apa yang pasti, hayatilah nyanyi mereka menerusi lagu Semalam yang baru saja dimuat naik pada 29 Mei 2021.