Sentuhan Lelaki Korea Ini Bikin Wanita Tambah Cantik Berseri!

Seperti yang sedia maklum, selain dikenali dengan Kpop dan Drama yang tular seantara dunia, Korea juga terkenal dengan produk kecantikan yang bagus dan berkualiti. Jadi tidak hairanlah kalau berlambakan produk kecantikan di Korea berada di pasaran Asia tenggara seperti Malaysia, Indonesia, Singapura dan Thailand.

Namun tidak semuanya mungkin sesuai dengan wanita Asia Tenggara. Terbaru, Korea Buzz dapat tahu, sebuah jenama popular yang sudah lama menapak di Malaysia mengadakan satu kelainan. Jenama ini memang terkenal dengan produk kesihatan dan yang lain. Malah, setakat ini, produk kecantikan yang dikeluarkan mereka sangat laris dan menjadi permintaan ramai.

Namun, produk ini hanya boleh dibeli oleh ahli jenama ini sahaja. Menariknya, salah satu cawangan produk ini di ibu kota mengadakan kelainan dengan menampilkan seorang jejaka korea yang kacak dan tampan untuk merawat wanita yang menghadapi masalah kulit. Dengar cerita, lelaki ini sangat tampan dan ramai yang mendapatkan rawatan darinya berseri-seri.

Rawatan ini bukan saja untuk wanita muda sebaliknya ia sesuai untuk semua orang. Korea Buzz turut diberitahu bahawa tidak lama lagi, jejaka ini akan singgah ke Kota Kinabalu Sabah untuk membantu wanita yang berada di sabah. Mengikut perancangan, mulai bulan Februari, lelaki ini buka peluang kepada wanita di semenanjung untuk bertemunya dan mendapatkan rawatan secara percuma.

Mendengar rawatan yang ditawarkannya itu memang menarik. Mana tidaknya, menerusi pengalaman yang pernah mendapatkan khidmat jejaka ini, ramai wanita teruja melihat wajahnya yang kacak dan mempunyai kulit wajah yang cantik dan mulus. Jadi, nantikan pengumuman penyertaan percuma ini buat anda semua.

 

 

Kongsikan artikel ini