Use your ← → (arrow) keys to browse
Masalah dibuli siber yang melibatkan Selebriti bukanlah satu perkara yang dianggap remeh lagi kerana ia mendatangkan kemudaratan kepada mangsa. Terbaru, Selebriti Malaysia yang bertaraf antarabangsa Shila Amzah telah meluahkan rasa kesal dan sedih kerana menjadi mangsa buli siber yang dilalui sejak zaman remaja lagi. Atas dasar itu, Shila mengambil keputusan untuk tidak lagi mengemas kini statusnya di akaun twitter dengan meluahkan rasa kekesalan itu di laman Instagram pada 21 November 2017.
Industri hiburan Korea pula mengambil berat kes berkaitan laman sosial ini sehinggakan hari ini banyak kes saman telah dibuat terhadap netizen yang sebarangan memberikan komen terhadap Selebriti di Korea. Setiap pengurusan artis di Korea akan memantau dan soal siasat komen berbaur negatif, lucah dan memudaratkan artis naungan mereka. Oleh itu, sekiranya anda peminat artis-artis dari Korea, anda perlu berhati-hati kerana komen-komen tersebut boleh membuatkan anda diheret ke penjara atau dikenakan tindakan undang-undang yang berat. Untuk dijadikan rujukan dan pengajaran, EH! KOREA BUZZ lampirkan kes saman yang melibatkan netizen yang telah memberikan komen di laman sosial selebriti Korea.