Identiti Little Forest Diragui-Hanya Tayang Badan Sado & Suara Macho, Youtuber Ini Digilai Ramai Tetapi…

Mempunyai 205 ribu pengikut di saluran youtube bernama Little Forest, identiti jejaka Korea ini diragui kerana dia hanya mahu dikenali sebagai suara ketenangan.
Malah, dia juga meluahkan rasanya untuk tidak menonjolkan wajahnya melainkan suara dan susuk tubuhnya. Video yang dimuat naik beliau pada 13 Mac lalu yang menonjolkannya membuka baju dan menonjolkan badan kekar mendapat perhatian luar biasa.

Ini kerana, sebelum ini, youtuber ini hanya menonjolkan suaranya dari kesemua 29 video yang telah disiarkan terdahulu. Jadi tidak hairanlah, jumlah pengikutnya kini lebih 200 ribu kerana penonton lebih tertarik dengan suaranya yang macho dan bentuk tubuhnya yang mengghairahkan.

Bagaimanapun, pengikut setia saluran ini membayangkan bahawa Little Forest merupakan seorang lelaki yang kacak kerana susuk dan suara yang dimilikinya. Namun, tanggapan lelaki ini terhadap komen tersebut jauh dari yang disangka.

“Saya perlukan masa untuk membuktikannya. Apabila saya fikir tentang anggapan orang tentang wajah saya, saya rasa bagus. Jadi, saya buat-buat tak tahu saja sehingga saya lupa nak menjelaskan perkara sebenar.

“Sejujur, saya takut, apabila saya menyiarkan wajah saya di saluran ini. Walaupun saya kelihatan seperti ini….seandainya saya jauh lebih kacak pada kehidupan akan datang, saya mahu kerap bersenam, berjumpa dengan orang, menikmati musim bunga yang saya suka, berjumpa kawan wanita yang cantik, berhibur dan menikmati kehidupan yang tenang.

“Tapi itu semua jika saya kacak. Saya hanya mampu berimaginasi saja tatkala baring di atas katil. Adakah saya ni benar-benar kacak seperti yang dibayangkan penonton. Adakah mereka akan menerima wajah saya. Saya menangis sampai terlena. Namun, saya membayangkan senyuman indah penonton yang sangsi dengan wajah saya,” jelasnya.  

Mendengar penjelasan tersebut, reaksi penonton sangat bernas yang mana menganggap kebiasaan orang kacak tidak akan mengaku dia tampan sebaliknya lebih merendahkan diri saja. Malah, ada juga mengatakan tidak kisah seandainya dia tidak sekacak yang dibayangkan.


Walau bagaimanapun, mengikut bayangan dari susuk tubuh dan suara, lelaki ini dikenal pasti sebenarnya seorang model atau penyanyi yang mahu dikenali wajahnya dirahsiakan seketika. Mungkin, jika anda pakar, anda boleh berjumpa wajah pemilik tubuh dan suara seksi ini.

Kongsikan artikel ini