Penyondol Suamiku Berwajah Oppa Rupanya Lelaki Sado Sekacak Aktor Popular!

Isu penyodol ini semakin menjadi-jadi. Jadi, aku terpanggil untuk berkongsi cerita kisah aku sendiri yang mempunyai suami kacak yang saling tidak tumpah wajah seperti lelaki Korea. Atau paling tepat, suami aku ada iras seperti Lee Min Hoo. Memang pada mulanya aku berbangga kerana dapat suami yang baik sepertinya.

Lebih membanggakan, aku  yang memang minat drama Korea dan lelaki Korea dapat bersuamikan lelaki tempatan tapi persis orang Korea. Dapatlah aku cemburukan kengkawan aku yang minat Korea tetapi sampai sekarang tak dapat jejaka idaman mereka. Nak dijadikan cerita, aku memang bahagia dengan suamiku ini.

Aku dikurniakan anak sepasang lelaki dan perempuan. Namun, satu hari aku berasa sangsi selepas suamiku seperti beza perangainya. Aku rasa macam hidup aku sudah dimadukan. Suami aku ni sebenarnya seorang usahawan popular. Dia ni memang ramai peminat. Tapi dia jenis bukan kaki perempuan.

Namun, aku terkejut selepas aku dapat tahu, dia ada menjalinkan hubungan istimewa dengan salah seorang pekerja baru di pejabatnya. Aku hampir jatuh tertunduk dan tak tahu nak buat apa apabila suami aku menjalinkan hubungan dengan seorang staff baru lelaki bukan perempuan. Yelah, kalau perempuan aku boleh handle dan cuba cari jalan penyelesaian memandangkan aku pun wanita.

Ni lelaki, aku jadi takut sebab dia memang bukan saingan aku untuk merampas kebahagian aku semula dengan suamiku. Selepas mengenali dengan lebih rapat, penyondol suami aku ni mempunyai rupa paras yang sangat kacak. Malah, bentuk badannya sangat seksi. Dia pun jenis suka  tayang body di social media miliknya.

Gambar Hiasan dari Serial Monstar

Perangai suami aku seperti orang baru bercinta setiap kali berinteraksi dengan penyodol ni. Malah, suami pernah ajak kami sekeluarga bercuti dengan penyondol ini. Masa tu, aku sebenarnya tak tahu lagi , dia ni penyondol suamiku. Tanpa mereka sudah sangat mesra.

Sekarang ini, aku masih keliru dengan hubungan mereka dan berfikiran positif saja. Mungkin mereka macam adik beradik saja atau orang kata Bromance macam yang popular sekarang ini. Suami aku masih lagi memberi layanan sama kepada aku dan anak-anak.

Pun begitu, satu hari, suami aku terkantoi. Aku terjumpa kondom dalam poket seluarnya. Sehingga kini, aku merahsiakan hal ini dan pendam saja. Aku hanya doa agar suamiku kembali ke jalan yang benar. Atau apa yang harus aku lakukan sekarang?

 

Nasihat aku, hati-hati kepada mereka bersuami tu, penyondol zaman sekarang ni bukan saja golongan wanita, lelaki juga ada dalam kategori penyondol ini. Cuma mereka tidak berakhir dengan perkahwinan sebab hubungan terlarang.

Kongsikan artikel ini