Di sebalik wajah putih mulus dan kacak, ramai juga bintang Korea lelaki menjadi kegilaan ramai wanita kerana mempunyai pemanis wajah. Pemanis tersebut menjadi daya tarikan untuk menambahkan seri selebriti lelaki ini supaya semakin kacak dan ada juga bertambah seksi.
Pemanis yang dimaksudkan ialah tahi lalat. Ketajaman lensa dan mata mendorong ramai artis lelaki ini tidak dapat menyembunyikannya walaupun tahi lalat itu sangat kecil saiznya. Namun, ada juga yang menggunakan kelebihan tahi lalat sebagai senjata pemikat ini dengan ditambahkan kepekatan dan saiznya menerusi teknik solekan.
Siapakah Selebriti lelaki yang dimaksudkan itu? Kenali 15 Selebriti Lelaki Korea yang mempunyai tahi lalat yang sekaligus menambah seri wajah mereka.