Mungkin ramai tidak tahu, orang Korea yang pernah datang melancong ke Malaysia, pasti terpikat dengan kepelbagaian menu Malaysia yang dikategorikan sedap dan lain dari lain. Oleh kerana itu, akibat terlalu rindukan makanan Malaysia, trio Korea yang terdiri dari tiga orang Youtuber mencuba makan makanan tradisi Korea yang dijual di restoran Malaysia di Korea secara atas lain.
Teruja merasainya 8 Makanan seperti Sambal Udang Petai, Mee Goreng Udang, Nasi Lemak, Roti Canai, Seri Muka, Kuih Koci dan karipap kentang, mereka ternyata tak senang duduk sehingga mengkategorikan beberapa makanan ini sesedap makanan mereka seperti Kimchi dan Hoteok.
Malah, ada juga yang mengaku setiap kali ke Malaysia, pasti mencari makanan ini kerana ianya sangat sukar diperolehi di Korea. Paling mengejutkan, ada yang tidak mampu berbicara dan memberikan komen apabila makanan ini memukaunya.
Untuk melihat sendiri reaksi mereka dan kejujuran mereka terhadap makanan ini, anda boleh menonton sendiri video reaksi yang disediakan saluran youtube Gimme Baik TV yang banyak membuat video berkaitan Malaysia.