Betulkah Urutan Homo Di Komersilkan Di Korea? Inilah Wajah-Wajah Tukang Urut Di Korea!

Dengar cerita ramai orang berpusu-pusu beli tiket ke Korea sebaik saja sempadan telah di buka. Dalam pada itu, ada juga golong minoriti teruja nak Kembali ke Korea kerana mahu menikmati ketenangan dari sentuhan oppa kacak dan seksi Korea.

Terkejut juga apabila mendapat tahu bahawa ramai golongan tertentu sanggup ke korea demi mendapatkan urutan istimewa dari tukang urut di Korea. Difahamkan, tukang urut di sana wajah dan potongan badan sama seperti pelakon drama dan juga bintang Korea. Pada mulanya, sukar mahu percaya tetapi rupa-rupanya banyak laman web telah mengiklankan secara komersil urutan dari oppa-oppa. Malah, ada yang mengeluarkan profil dengan harga sekali. Terdetik di fikiran, adakah perniagaan ini dibenarkan di Korea?

 

Antara gambar sebenar tukang urut yang dikongsikan dalam laman web perkhimatan tersebut.

Lebih mengejutkan lagi, ada juga antara tukang urut itu pernah menjadi bintang Kpop dan pelakon tetapi tidak Berjaya. Lebih menyedihkan, ada juga yang sanggup menawarkan perkhidmatan lain dengan harga pakej yang ditawarkan dalam kategori murah.

Meniliti perkongsian dari seorang pembaca, ternyata memang benar, wajah dan susuk tubuh tukang urut lelaki Korea ini memang kacak. Tambah mengejutkan, sebenarnya kebanyakan mereka bukanlah golongan homo sebaliknya mereka hanya buat kerja dan sanggup melayan demi wang.

Apa sekalipun, semoga perkara ini dapat dibendung. Siapakah yang patut di persalahkan dalam hal ini?

Kongsikan artikel ini