14 Hari Putus Selepas 6 Bulan Bercinta, Akhirnya Wanita Mati Ditikam Bekas Kekasih Usia 20-an!

Balai Polis Gyeongnam Miryang mengumumkan pada 21 Mei 2021 bahawa mereka telah berjaya menahan seorang lelaki pekerja sosial atas tuduhan menikam bekas temannya sehingga mati.

Lelaki tersebut telah didakwa atas tuduhan menikam dan beberapa telah menyediakan senjata lebih awal untuk membunuh teman wanitanya yang sebaya iaitu di usia lingkungan 20-an. Kejadian menikam itu berlaku di Lebuh raya Nasional Korea di Bandar Miryang kira-kira jam 7.17pm.

Foto hiasan X_frame

Sewaktu kejadian, wanita itu berjaya dibawa ke hospital bagaimanapun tidak berjaya diselamatkan kerana dia telah mati. Lelaki tersebut lari di atas bukit berhampiran untuk bersembunyi. Pun begitu, Polis berjaya menangkap lelaki tersebut apabila dia kembali ke tempat kejadian.

Menurut laporan, lelaki tersebut mengaku melakukan kesalahan berkenaan. Malah, mangsa sempat menelefon polis sewaktu berlaku pertengkaran sesama mereka dan sebelum dia mati ditikam.

Siasatan mendedahkan pasangan ini sudah menjalinkan hubungan hampir 6 bulan dan telah pun berpisah dua minggu lalu. Kini, polis sedang menunggu waran tangkap untuk menjalankan siasatan terhadap kes berkenaan.


Kongsikan artikel ini