Polis Sedang Cari Wanita Yang Melahirkan Bayi Dalam Tandas Awam Di Pantai!

Seorang wanita bergelar ibu sedang dicari kerana dia dipercayai bersalin dalam sebuah tandas di pantai Goseong yang terletak di Gangwon-do, Korea.

Menurut laporan, seorang bayi yang baru lahir telah dijumpai di dalam tandas berkenaan dan kini polis sedang mencari wanita yang melahirkan anak tersebut.  Berdasarkan laporan yang dikeluarkan pada 8 November dari pejabat polis Goseong, penduduk telah menjumpai bayi berkenaan di tandas awam sekitar jam 3 petang pada 7 November 2021.

foto hiasan X-frame



Menerusi kenyataan yang dikeluarkan penduduk yang menjumpai fetus itu, dia melihat sesuatu bergerak di tandas berkenaan. Fetus tersebut telah diselamatkan penduduk berkenaan dan telah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Bagaimanapun, bayi berkenaan dilaporkan dalam keadaan tidak sihat. Pihak polis menjangkakan wanita yang melahirkan bayi itu sengaja meninggalkan anaknya itu. Setakat ini, pihak polis cuba mencari wanita berkenaan berdasarkan bukti dari CCTV.


Kongsikan artikel ini