Sesal Tolak Lamaran Kahwin Dari BF 3 Kali, Wanita Gigit Jari Pakwe Kahwin Orang Lain!

Warganet Korea memberi perhatian tentang pengakuan seorang wanita yang menolak lamaran buah hatinya dan berakhir dengan perpisahan. Kisah benar ini telah dimuat naik di laman Ephem Korea dengan tajuk ‘ Saya menyesal sebab sering Tangguh perkahwinan.”

Wanita yang menulis pengakuan tersebut berusia 36 tahun dan baru saja putus cinta dengan kekasihnya. Namun, dia kini dikatakan sangat merindui bekas pakwenya it.  

FOTO HIASAN ALKAD STUDIO


“Saya ada teman lelaki sebaya dengan saya. Saya sudah dating dengan dia selama 10 tahun. Pakwe saya pernah melamar saya sejak umur 29 tahun lagi tapi saya sering saya menolak lamaran itu kerana saya masih belum mahu kahwin lagi.

“Kemudian, selepas saya berumur 34 tahun, pacar saya sekali lagi melamar saya dengan dia menangis. Namun, saya tetap menolak lamaran tersebut disebabkan kerja saya. Dalam hati saya, saya mahu menikmati kebebasan,” katanya.

FOTO HIASAN ALKAD STUDIO


Meneruskan pengakuan, wanita ini sebenarnya hampa dengan tindakannya sebelum ini.

“Sebulan yang lalu, kekasih saya memberi tahu dia mahu berjumpa dengan saya kerana keluarga. Sejak dari itu, saya bersikap lain macam dengan dia,” ujarnya.

Akhirnya wanita ini enggan berkahwin dengan pakwenya itu dan lebih memeritkan dia terpaksa mendengar jawapan sedih daripada kekasihnya itu.

FOTO HIASAN ALKAD STUDIO


“Saya terpaksa melepaskan awak. Saya mengambil keputusan dengan wanita yang saya sudah jumpai sekarang ini,” kata lelaki itu.

Walaupun sedih, wanita itu terpaksa akur dengan keputusan bekas teman lelakinya itu.

FOTO HIASAN ALKAD STUDIO

“Sekarang ini saya sertai informasi perkahwinan syarikat saya untuk melupakan dia. Namun, saya tidak dapat berjumpa lelaki yang macam dia,” katanya yang menyesal dan amat merindui bekas teman lelakinya yang sudah menjadi suami orang.

Warganet yang membaca artikel tersebut memberitahu anda terpaksa menerima keputusan itu walaupun perit. Malah, ada yang berkata ia lebih baik anda kembali seperti dulu dan saya akan mengambil bas bila tiba waktu pergi.


Kongsikan artikel ini