Warga Emas Tikam Junior Kaki Ejek & Membulinya Dipenjara!

Lelaki warga emas usia 60 tahun telah dipenjara kerana menikam seorang lelaki junior dengan senjata yang mana dia mendakwa lelaki berkenaan sering membuli dan mengejeknya.

Keputusan tersebut dikeluarkan mahkamah pada 9 Mei 2021, Jabatan Perjanjian Jenayah Daerah Utara Seoul menerusi hakim besar Oh Kwon di bawah kes pembunuhan.

Warga emas yang dikenali dengan nama Yoo telah didakwa menikam lelaki berusia 53 tahun dengan senjata dan merasakan lelaki tersebut sering mengajuknya walaupun dia lebih muda dari dirinya.

Yoo yang minum di bilik Billiard yang terletak di Dongdaemun-gu, Seoul melakukan jenayah tersebut pada 10 November 2020 lebih kurang jam 10,25pm. Sewaktu ditahan, dia dilaporkan telah bertengkar dengan mangsa dan menumbuk wajah mangsa sebanyak tiga kali.

Foto hiasan dari drama Korea- Naver


Kemudian Yoo telah pegang kepala mangsa dan memukulnya banyak kali dengan niat mahu membunuh mangsa. Kemudian, Yoo telah mengambil senjata yang terletak berdekatan tempat kejadian dan menikam mangsa di dada secara kejam.

Bagaimanapun, Yoo mendakwa pembunuhan tersebut adalah secara tidak sengaja dan bergegas menuju ke balai polis berdekatan sejurus selepas menikam mangsa untuk membuat laporan. Pun begitu, pihak mahkamah tidak menerima rayuan dan pengakuan tersebut kerana ia seperti rekaan semata-mata terhadap mangsa.

Malah, Yoo dilaporkan tidak pergi membuat laporan dengan segera selepas insiden tersebut. Dia didapati pergi ke tingkat dua bangunan yang sama selepas kejadian berlaku. Mahkamah menjelaskan hukuman yang dikenakan di sebabkan nyawa seseorang dalam bahaya.

Kongsikan artikel ini