Wartawan Syarikat Atas Talian Terkemuka Mati Bunuh Diri Akibat Tekanan Kerja!

Dalam masyarakat dunia banyak menggunakan Google untuk mendapatkan maklumat di laman sesawang, masyarakat di Korea lebih gah dan yakin dengan produk mereka iaitu Naver. Malah, penggunaan Naver dikatakan lebih meluas dan efisien berbanding Google dan seangkatan dengannya.

Terbaru, seorang wartawan yang di katakan bekerja di pejabat utama Naver telah dijumpai mati dan pihak polis sedang melakukan siasatan.  Menurut laporan yang dikeluarkan pada 28 Mei 2021, Pejabat Polis Bundang di Daerah Geonggi mendapati pengawal keselamatan di sebuah kondominium telah menjumpai mayat pekerja Naver yang berusia dalam lingkungan 40 tahun berdekatan rumahnya di Bundang-gu, Seognam iaitu berdekatan pejabat tempat kerjanya.

Foto hiasan X Frame

Mayat dijumpai pada jam 1 pm pada 25 Mei 2021. Di tempat kejadian, satu nota yang dipercayai ditinggalkan si mati telah dijumpai. Dalam nota tersebut mendapati si mati sering saja mempunyai tekanan kerja.

Dalam hal ini, pihak polis akan menyiasat kakitangan yang lain untuk menyiasat sama ada lelaki ini menghadapi buli di tempat kerja atau pun tidak.

Seandainya anda mendapati keluarga atau kenalan anda yang mengalami tekanan emosi, hubungilah talian khidmat berkaitan dengan segera sebelum perkara yang tidak diingini terjadi.

Kongsikan artikel ini