William Jadi Rebutan, Emel Ismail Dedah TOP 5 Manhunt Pilihan! Warganet Setuju?

Emel Ismail, ikon dalam dunia fesyen dan pertandingan ratu cantik, kini mengalihkan tumpuannya kepada finalis Manhunt Malaysia. Dengan reputasi yang tidak dapat dinafikan dalam membimbing bakat muda hingga mereka mencipta nama sebagai model dan selebriti, pandangan Emel kali ini tentu membawa impak dan menjadi penentu arah siapa yang bakal dinobatkan sebagai juara Manhunt International Malaysia yang bakal diadakan pada 16 September 2024.

Dalam penilaian Emel, William dari Putrajaya tampil sebagai bintang yang bersinar terang. Keyakinan Emel tidak pernah goyah, dan beliau melihat William sebagai pesaing hebat yang mampu menggugat dominasi Vincent, finalis yang mewakili Pulau Pinang. William, dengan karismanya yang luar biasa, jelas berpotensi mengungguli pertandingan ini.

Namun, persaingan tidak berakhir di situ. Emel, yang turut mengenali Justin, seorang juara di Altitude World Supermodel Malaysia dan merangkul gelarang TOP Model di Altitude World Supermodel peringkat antarabangsa mengemukakan pandangan kritis bahawa postur Justin kini memberi ilusi ketinggian yang lebih rendah, mencetuskan spekulasi tentang perubahan fizikalnya.

Sementara itu, Jesse dari Johor juga tidak terlepas daripada penilaian tajam Emel. Saiz punggung yang lebih besar, menurut Emel, memberi Jesse penampilan yang lebih rendah dan penuh, suatu faktor yang perlu diperhalusi untuk tampil lebih mantap.

Di sebalik persaingan sengit ini, Emel percaya William mempunyai peluang yang sangat cerah untuk merebut gelaran juara, asalkan beliau berjaya menguasai sesi soal jawab (Q&A) dan mempersembahkan catwalk yang mengagumkan. Satu lagi finalis yang turut menjadi sebutan ialah Zack dari Melaka, yang dikatakan mempunyai wajah yang memukau, namun perlu lebih berhati-hati dalam mengekspresikan matanya untuk menonjolkan keunikan wajahnya.

Walaupun begitu, jalan menuju kejuaraan tidak mudah. Pulau Pinang dan Sarawak (Chris Foo) hadir dengan finalis yang kuat dan berkaliber, menjadikan persaingan lebih menarik dan penuh debaran. Namun, di mata Emel, calon-calon terbaik yang mampu mendominasi pertandingan ini adalah dari Putrajaya, Melaka, Pulau Pinang, Sarawak, dan Perak (Ken Chan).

Bagi mereka yang ingin melihat siapakah yang akan membawa pulang gelaran Manhunt Malaysia, jangan lepaskan peluang untuk mengundi finalis kegemaran anda melalui pautan yang disediakan. Dan untuk mereka yang ingin menyaksikan detik bersejarah ini secara langsung, final Manhunt akan diadakan pada 16 September di Geo Resort & Hotel, Genting Highlands. Tempah tiket anda sekarang dengan menghubungi +60 16-473 5291. Inilah peluang anda untuk menyaksikan sendiri detik yang bakal mencorak masa depan industri peragaan Malaysia!

Undi di sini

Kongsikan artikel ini