“Mungkin ramai menyangka saya seorang yang bertuah kerana pernah dilamar dan menjalinkan hubungan cinta dengan Idola Kpop. Memang saya akui ia seperti dalam mimpi namun ia merupakan pengalaman yang betul-betul mengajar saya realiti kehidupan dunia hiburan Korea.”
Ilustrasi dari pelukis Korea. @ZIPCY
Itulah luahan rasa Gyna (bukan nama sebenar) yang merupakan bekas pelatih Kpop yang kini selesa menjalankan perniagaan sendiri. Gyna terpanggil berkongsi cerita cinta ini kerana mahu memberi pemahaman tentang dunia percintaan melibatkan artis Korea.
Gyna akui pada mulanya dia tidak mengenali bekas kekasihnya itu namun dia rasa bertuah kerana pernah memiliki cinta jejaka tersebut yang digilai ramai peminat wanita dan juga lelaki kerana bakat luar biasanya. Gyna mengenali kekasihnya iaitu BI (bukan nama sebenar) menerusi kawan idola yang lain bernama Vernon. Hubungan cinta mereka mencecah hanyalah dalam tempoh sebulan saja.
Ketika kali permata mengenali BI, rakan Gyna memberitahu seorang rakannya ingin mencari seorang gadis untuk dijadikan teman wanita yang mana BI akui dirinya sangat kesunyian waktu itu sehingga mengganggu kerjaya yang sudah lama tidak melakukan comeback dengan kumpulannya.
BI sangat berminat untuk mengenali Gyna. Selepas diyakinkan oleh Vernon, Gyna bersetuju berkenalan dengan BI dan mereka menukar nombor telefon. Perbualan pertama BI dan Gyna menjadi serius apabila BI tanpa segan silu terus melamar Gyna. Tanpa fikir panjang, Gyna terima lamaran tersebut dan kebetulan pula BI juga merupakan jenis lelaki yang disukainya. Malah, Gyna juga peminat muzik BI. Pun begitu, Gyna bertanya sebab BI suka Gyna.
“Saya suka awak sebab awak ada ciri-ciri yang saya suka. Lagipula saya banyak mendengar cerita bagus tentang awak dari Vernon. Jadi, saya tidak mahu buang masa lagi dan harap awak boleh mengisi kekosongan hati ini,” ujar BI.
Dalam hubungan tersebut, BI ada memberi amaran pada Gyna bahawa dia bukanlah seorang yang romantik. Malah, dia juga selalu sibuk dan terperap dalam studio saja. BI juga tiada masa untuk keluar dating. Namun, dia mahu Gyna hubunginya setiap hari pada sebelah malam iaitu waktu dia sangat memerlukan Gyna.
Kesetiaan Gyna membuatkan dirinya taat pada BI dan menghubungi BI pada setiap malam. Walaupun mereka belum keluar bersama, tetapi perbualan telefon dan mesej cukup membuatkan mereka akrab dan mengenali hati budi masing-masing. Malah, mereka juga sering bertukar gambar. BI juga selalu berkongsi idea baru untuk albumnya dan mengakui Gyna banyak memberikan inspirasi.
Selepas hampir sebulan bersama, Gyna merasakan perbezaan apabila BI mula berubah. Secara tiba-tiba BI mula bersikap dingin dan mengelak semua pertanyaan Gyna. Namun, Gyna tidak melatah dan bersabar serta cuba memahami diri BI. Dalam tempoh menunggu, secara tiba-tiba BI menghubungi Gyna pada masa yang bukan pada kebiasaanya.
Gyna teruja dan menjawab panggilan tersebut. Namun, keterujaan tersebut menjadi sedih apabila BI memberitahu bahawa dia ingin memutuskan hubungan cinta itu. Gyna terdiam seribu bahasa dan hanya bertanya apa punca dia mahu memutuskan hubungan? Adakah dia melakukan kesilapan?
…
“Awak tidak buat silap apa-apa. Awak buat yang terbaik dan saya hargainya. Terus-terang, awak banyak membantu saya. Namun, saya minta maaf, saya tidak dapat menerima cinta awak lagi. Sejujurnya, awak bukanlah gadis idaman saya. Saya tiada pilihan waktu itu dan tanpa berfikir terus mahukan awak. Namun, saya bukan kata awak tidak cantik, sebaliknya awak ada daya penarik tersendiri. Paling utama awak mengambil berat dan penyayang.
“Sebenarnya, hubungan cinta kita hanyalah sekadar untuk membuatkan ahli kumpulan saya cemburu. Dia mencabar saya jadi sebab itulah saya cari awak. Pertelingkahan kami sudah selesai sekarang ini dan saya tidak mahu terus menipu awak lagi. Saya tahu awak seorang yang baik dan awak berhak mendapatkan lelaki yang lebih sempurna dari saya.
“Saya berterima kasih dengan layanan awak. Malah, awak adalah sumber inspirasi dan jalan cerita untuk warkah terbaru kumpulan kami. Saya tiada niatpun nak kecewakan awak tapi saya tahu perkara ini membuatkan awak sedih. Kalau ada masa kita akan berjumpa dan terus menjadi kawan,” jelas BI pada Gyna.
Walaupun sedih dan retak seribu hatinya, Gyna terima keputusan tersebut. Gyna yang masih baru dalam alam percintaan banyak mempelajari selok belok cinta dengan lelaki Korea. Gyna tidak salahkan BI tetapi cinta Gyna terhadap BI ikhlas.
Gyna turut tidak boleh nafikan, dia adakalanya seperti memaksa dirinya untuk mencintai BI. Mungkin juga Gyna takut dalam hal hubungan senior dan junior memandangkan waktu itu Gyna belum bergelar artis lagi.
Gyna memaafkan BI dan kini mereka berkawan seperti biasa. Namun Gyna beruntung kerana BI juga seorang lelaki yang baik kerana tidak mengambil kesempatan pada dirinya. Bagi Gyna, ,amat sukar untuk mencari lelaki seperti BI di Korea pada maa kini kerana tidak pernah meminta lebih dari dirinya sepanjang bergelar kekasih. Dalam erti kata yang lain, kehormatan Gyna terbela dan BI sedikit pun tidak mencuitnya.
Satu perkara yang Gyna tahu bahawa memang amat sukar untuk bercinta bagi idola KPOP dan adakalanya figura ini boleh tewas dengan apa jua godaan disekeliling. Jadi, Gyna mahu sesesiapa saja lebih memahami insan seni di Korea yang memerlukan belaian dan kasih sayang bukannya tekanan yang bukan menyelesaikan masalahnya sebaliknya terus beri bebanan masalah. Setiap yang berlaku bukan berpunca dari seorang saja.