Atlet gimnastik pasukan Amerika Syarikat, Yul Moldauer mendapat perhatian ramai apabila sebab utama dia mahu bertanding ke Olympics 2020 Jepun kerana dia mahu mencari kakak kandungnya.
Yul yang gagal meraih pingat tetapi berjaya berada ditangga ke enam dalam acara lantai akhir yang berlangsung pada 1 Ogos 2021. Kegagalan dia dalam acara kali ini ada pemangkin kejayaaan dia untuk Olympics di Paris dalam masa tiga tahun lagi.
Komentator dari Korea memperkenalkan Yul sebagai Kyungtae sewaktu dia muncul di stadium Gimnastik. Dia mendapat perhatian apabila meluahkan rasa untuk mencari kakak kandungnya yang dipercayai tinggal di Korea.
Yul dilahirkan di Seoul pada 1996 dan nama sebenarnya ialah Shin Kyung Tae. Menurut laporan media Oklahoma, ibu kandung Yul menderita sebagai penagih dadah. Dia tinggal di rumah anak yatim dan telah diambil keluarga dari Amerika Syarikat sebagai anak angkat.
Apabila Yul berumur 7 tahun, keluarga angkatnya menyedari dia bermain di steel bar dan mendaftarkan dirinya dalam akademi Gimnastik. Setahun selepas itu, dia muncul sebagai atlet dan menonjolkan bakat luar biasa sehingga terpilih menjadi atlet junior untuk pasukan USA selepas dua tahun berlatih.
Luahan Yul mendapat perhatian dunia selepas meluahkan pencariannya di sosial media. Malah, banyak komuniti telah muat naik gambar Yul dan mengatakan dia mahu mencari kakaknya sehingga tular .
Warga net simpati dan berharap dia dapat berjumpa dengan kakak kandungnya itu. Ramai juga mendoakan semoga keajaiban berlaku nanti. .