Zico Berang Dituduh Sebagai Pencuri Peti Besi Mendiang Goo Hara!

Zico baru-baru ini menjadi sebutan ramai berkaitan kes Burning Sun.

Isu ini bermula pada 22 Jun dalam rancangan SBS ‘I Want to Know’. Rancangan tersebut membahas kes kecurian peti besi milik mendiang Goo Hara.

Pada 14 Januari 2020, selepas kematian Goo Hara, seorang lelaki yang tidak dikenali memanjat dinding rumah Goo Hara di Cheongdam-dong, Seoul, dan mencuri peti besi yang menyimpan telefon bimbit mendiang.

Polis telah menyiasat tetapi kes tersebut ditutup tanpa dapat menyelesaikannya.

‘I Want to Know’ menyiarkan rakaman CCTV yang menunjukkan suspek dan menghasilkan montaj wajahnya.

Selepas itu, beberapa netizen membuat spekulasi tanpa asas mengatakan montaj tersebut mirip Zico.

Zico dikaitkan kerana dia adalah kawan kepada penyanyi Jung Joon-young, yang menjadi pusat kepada kes Burning Sun dan chatroom Jung Joon-young. Zico juga pernah menyebut telefon Jung Joon-young sebagai ‘telefon emas’.

Namun, Zico sebelum ini telah menjelaskan, “Saya hanya ada senarai kenalan dan sudah lama tak berhubung secara peribadi.”

Ilustrasi yang didedahkan.

Walaupun begitu, Zico masih dituduh sebagai suspek dan menerima banyak komen negatif di Instagramnya, menyebabkan dia memutuskan untuk mengambil tindakan undang-undang.

Pada 24 Jun, agensinya KOZ Entertainment menyatakan, “Gosip jahat dan penyebaran maklumat palsu yang tidak berkaitan langsung dengan artis kami semakin serius sehingga kami terpaksa mengambil tindakan undang-undang yang tegas. Kami telah mengumpul bukti dari kiriman dan komen untuk diserahkan kepada pihak berkuasa.”

Agensi tersebut juga berkata, “Kami akan terus memantau dan mengumpul bukti kiriman negatif secara berkala dan akan terus mengemukakan laporan polis. Kami juga ingin menegaskan bahwa rumor yang baru-baru ini timbul tentang artis kami adalah tidak benar. Kami akan mengambil tindakan tegas terhadapnya.”

Mereka menambah, “Walaupun memerlukan masa, kami akan memastikan pihak yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan dan tidak akan ada sebarang kemaafan atau penyelesaian di luar mahkamah.”

 

Kongsikan artikel ini