Use your ← → (arrow) keys to browse
2.Bersiar-siar di Sungai Han
Sungai Han sememangnya sangat popular sebagai destinasi untuk meluangkan masa bersama keluarga tidak kiralah sama ada waktu cuti atau waktu harian. Malah, kebanyakkan orang Korea yang sibuk bekerja menjadikan Sungai Han sebagai lokasi untuk menenangkan fikiran. Sambil menikmati pemandangan indah di sekitar sungai Han, orang Korea akan berjalan-jalan sekitar sungai Han yang sangat panjang. Malah, kebanyakan orang Korea lebih gemar berjalan kaki ke Sungai Han mengikut jalan-jalan pendek ke sini. Sambil berjalan-jalan di sini, mereka juga tidak lepaskan peluang menjalankan aktiviti riadah yang disediakan seperti menaiki basikal, main bola keranjang dan menaiki perahu angsa. Aktiviti berjalan ini secara tidak langsung telah membantu orang Korea untuk berpeluh dan membakar lemak.