Lakonan: Kim Hee-ae (Ji Sun Woo), Park Hae-joon (Lee Tae Oh), Han So-hee (Yeo Da Kyung)
Arahan: Mo Wan-Il
Skrip: Joo Hyun
Letih menanti sepanjang minggu dan plot episod 13 yang mendatar, akhirnya bagai satu kepuasan apabila Sun Woo membongkar kisah intimasi Tae-Oh kepada Da Kyung di penghujung episod 14. Ramai yang berpuas hati dengan penjalanan kisah unit keluarga dysfunction ini. Daripada merungkai permasalahan Joon Young yang kecewa dengan kedua ibubapanya selain Sun Woo yang mula menunjukkan ketidakcekapan dalam tugasan hariannya serta masuk campur si mak tiri seolah ingin menang trofi wanita terbaik di Gosan.
Dua episod ini lebih menjurus kepada perangai anak mereka yang semakin menjadi-jadi dan baru mula dikesan oleh Sun Woo dan Tae Oh. Bahkah memang terserlah cara mereka berkomunikasi adalah antara sebab anak tunggal mereka ini menjauhkan diri selain secara psikologi mula menjadi seorang kleptomania.
Keadaan kucar-kacir ini juga menjadi peluang terbaik sekali lagi untuk Da Kyung memanipulasi situasi yang berpihak kepada dirinya yang dah berangan nak jadi mak tiri yang bertanggungjawab. Joon Young yang mulanya rasa dia ‘selamat’ di kediaman bapanya akhirnya terima padah bila dia sendiri telah dituduh melulu oleh mak tiri dan sekaligus makan penampar bapanya sendiri.
Sun Woo yang kecewa dengan dirinya sendiri kerana aksi panasnya bersama Tae Oh telah disaksikan sendiri oleh anaknya nekad untuk meletakkan jawatan dan membawa diri. Babak dia menyerah kalah dan menuju ke dalam laut bergelora cukup meruntun jiwa. Kita dapat rasakan dia sudah tidak mahu lagi berdepan dengan semua yang berlaku terutama apabila anaknya sendiri sudah menolaknya.
Mujurlah ada Dr. Kim yang amat prihatin tahu untuk menjejaki ‘crush’nya dan sempat menyelamatkan Sun Woo daripada lemas. Sis pun kalau boleh berharap Sun Woo terima je lah cinta Dr. Kim dan move on – siapa lagi yang boleh faham dan bersabar dunia huru-hara famili ini. Berbalik kepada Sun Woo, detikan naluri seorang ibu sebaik dia tersedar suara anaknya yang pertama dia dengar dan tidak berlengah lagi untuk menyelamatkan Joon Young dari rumah neraka. Babak ini just nice sebagai latar untuk sambutan Hari Ibu hujung minggu ini.
Tae Oh pula asyik termenung memanjang dalam dua episod ni. Terkenang pada sesi bersama sang janda dan rasa serba salah apabila Sun Woo menghilangkan diri. Kehidupan impiannya bersama Da Kyung juga seolah tak cukup perisa – tawar dan penuh dengan kepura-puraan.
Sebagai side story, pasangan Yerim dan Jae Hyuk pula buat ramai gembira apabila mereka sedang cuba untuk berbaik semula. Walaupun sudah banyak kali dilukakan, usaha Jae Hyuk yang kesal dan mengakui dia masih sayang pada bekas isterinya ditonjolkan sebagai opposite kepada tindakan Tae Oh sanggup meninggalkan isteri dan anaknya sebelum ini.
Rakan doktor yang sebelum ini talam dua muka pun akan buat ramai lebih menyenanginya termasuk Pengarah Hospital yang menyedari Dr. Sul adalah calon terbaik untuk menggantikan Sun Woo sebagai Pengarah Bersekutu. Dan dia juga dah move on dan mula berpacaran dengan orang muda. Wah! Hebat.
So, tinggal seminggu saja lagi untuk kita saksikan kesudahan TWOTM ini. Sama ada ia memaparkan plot yang sama dengan Dr. Foster atau tidak. Yang pasti, rating minggu ini masih paling tinggi sukar untuk dikejar oleh drama blokbuster lain.
Sis K-Poh: Seminggu saja lagi semua ahjumma PKP nak meroyan tunggu drama ni habis.