Dua kanak-kanak campuran Korea Ini Diburu & Terima Padah Selepas Bapa Tular

Mungkin ramai tidak tahu bahawa dua kanak-kanak ini sedang diburu ramai pihak bukan saja di Korea bahkan masyarakat luar negara. Pemburuan ini terjadi selepas kedua-dua bapa mereka tular di laman sosial.

Yul berdarah kacukan Korea dan Australia mula mendapat perhatian selepas kisah bapa yang berkerjaya sebagai youtuber diberi perhatian kerana transformasi dari suami yang gemuk kepada suami yang seksi dan berbadon sado.

Yul.


Manakala Jason yang berdarah kacukan Korea dan Rusia mula diintip netizen selepas bapanya kembali rujuk dengan ibunya yang bergelar model di Korea. Malah, Jason turut diberi perhatian apabila sah memeluk agama Islam bersama ibunya baru-baru ini.

Hakikatnya, Yul atau nama sebenarnya Gwon Yul kini mula menghiasi iklan pengiklanan di Korea kerana wajahnya yang mirip pelakon Korea serta comel. Bahkan Yul anak kepada Hugh Gwon sudah pun menjadi model beberapa jenama pakaian Korea termasuk model iklan bersama anak Kang Gary.

Yul bersama bapanya.

Tidak sama seperti Yul, walaupun Jason Seon Woo sama comel seperti Yul, hidupnya sedih kerana diherdik dan dicaci di Korea gara-gara kontroversi skandal bapanya yang bernama Daud Kim. Difahamkan, Jason dihukum masyarakat Korea sehingga sukar untuk bersekolah.

Bagaimanapun, keletah dan kecomelan Jason mampu merubah semua itu dan pengikutnya di laman instagram mula meningkat. Malah, bapanya Daud Kim kini dalam proses merayu dan memohon kemaafan selain masih lagi kekal sebagai seorang mualaf.

Jason bersama bapanya.

Apa yang pasti, baik Yul dan Jason, kedua-dua berkemungkinan besar bakal menjadi model dan hero di Korea kerana mereka berdua mempunyai pakej yang bagus. Difahamkan, Yul bakal menyinar lebih dahulu kerana bapanya kini semakin gah dan popular mempunyai agensi. Manakala, Jason sedang menanti negara yang bakal didiaminya kerana Daud pernah mengeluarkan hasrat untuk hijrah ke negara lain demi kebaikan anak dan isterinya.