Gadis cantik dari Korea yang bertugas sebagai guru, Kim Su Hyun atau lebih popular dengan namanya sebagai ratu tiktok Korea, Soo Bunny pernah mengejutkan ramai lelaki Malaysia terutama sekali lelaki Melayu apabila dia tular dengan pengakuan menginginkan teman lelaki dari Malaysia.
Penularan tersebut mendapat perhatian ramai lebih-lebih bagi lelaki melayu yang mengidam mempunyai teman istimewa dari Korea Selatan. Di sebalik penularan tersebut, Soo yang tidak menyorok rapat dengan seorang penyanyi dari Malaysia mengakui sangat rapat dengan lelaki tersebut.
Malah, dia juga telah merakamkan sebuah lagu bersama penyanyi tersebut. Walaubagaimanapun, nama penyanyi tersebut masih dirahsiakan sehingga lagu yang dihasilkan bersama sewaktu musim PKP baru saja dilancarkan di laman youtube pada 4 Jun 2021. Menurut sumber, lagu ini telah dirakam pada PKP tahun lalu tetapi baru tahun ini dapat dilancarkan.
Menerusi lagu tersebut, Soo berduet dengan Cash Farhan yang mendapat jolokan penyanyi KPOP di Malaysia kerana menghasilkan banyak lagu yang mempunyai unsur KPOP dan bahasa Korea.
Ternyata lagu tersebut mencuit hati dan dikatakan cerita benar antara kisah Cash dan Soo. Malah, lirik yang ditulis dalam bahasa Korea ditulis sendiri oleh Soo. Namun, terlintas dari pemerhati Soo, adakah Cash sebenarnya lelaki Melayu yang bertakhta di hati Soo?
Dalam pada itu, Cash pernah mendapat perhatian apabila dia mula muncul sebagai penyanyi di Malaysia. Pernah menyambung pelajar di Korea Selatan, Cash atau nama sebenarnya Muhammad Asyrol Farhan Ahmad adalah anak bongsu kepada bekas Menteri Besar Terengganu iaitu Datuk Seri Ahmad Said.
Melihat latar belakang Cash dan Soo yang intim ini, mungkin benarlah Cash adalah lelaki Melayu yang berjaya memikat hati Soo yang idam lelaki Melayu sebagai kekasih. Semoga lagu ini mendapat sokongan bersama dengan hubungan mereka. Apapun, anda boleh dengar dan khayati lagu tersebut yang dinyanyikan dalam bahasa Melayu, English dan Korea. Comel juga Soo nyanyi dalam bahasa Melayu.