Model Shin Jae-eun sekali lagi melakukan provokasi mengejut dan mendedahkan kehidupan sehariannya.
Shin Jae-eun telah menyiarkan gambar di sosial medianya pada ke-15 Februari lalu dengan mesej berkata, “Bolehkah saya hanya memakai seluar dalam di dalam jaket?”
Dalam foto berkenaan, Shin Jae-eun memakai seluar dalam dan bikini hitam dengan memakai kasut but dan pad panjang.
Memberi maklum balas dari pertanyaannya, salah seorang warganet menjawab
“Hanya adik saya boleh melakukan ini,”. Lebih kelakar, ada juga yang mengatakan “Anda kelihatan seperti super hero Cat Women wanita yang tiba-tiba berubah selepas menyembunyikan identitinya,”
Ada juga memuji dia nampak hebat dan bertanya “Adakah dia seorang gadis barbari?” katanya.
Sementara itu, Shin Jae-eun yang dilahirkan pada 1991 telah dipilih sebagai model majalah Maxim pada Ogos 2018. Selepas itu, dia menjadi popular dari mempunyai jumlah pengikut di instagram mencecah 1.97 juta pengikut.
Sejak itu, beliau telah mempromosikan wajahnya melalui pelbagai pictorial, iklan, dan siaran Internet. Shin Jae-eun, terus menjadi terkenal dan menjadi topik hangat dalam talian pada November 2019 apabila dia mengadakan majlis perkahwinan secara tiba-tiba dengan teman lelakinya.
Dia juga menjadi topik hangat pada tahun lepas dengan kes saman menyaman terhadap komen panas yang diterimanya.