Crush & 16 Artis Korea Intai KL Pada 2019, BTS Pula Hanya Available Pada 2020?

Permintaan yang tinggi terhadap bintang K-POP bertaraf dunia iaitu BTS untuk mengadakan konsert di Malaysia membuatkan banyak agensi tempatan termasuk agensi di Singapura bertungkus lumus membuat proposal dan perjanjian dengan pengurusan artis tersebut iaitu BIG HIT Entertainment. Malah ramai juga figura ternama dan kaya-raya di Malaysia pernah ke Seoul untuk berbincang demi menunaikan hasrat ramai peminat BTS untuk bersemuka bersama 7 anak muda iaitu J Hope, V, RM, Jimin, Jin, Suga dan Jungkook di Kuala Lumpur.

 

 

Seluruh dunia mahukan BTS.

 

Walaupun masih belum temui kata putus dan hanya tersebarnya gembar-gembur saja, pihak EH! KOREA BUZZ yang berada di Kota Seoul sudah pun menemui jawapan bagi pertanyaan tersebut. Bagaimanapun, perkhabaran ini juga tertakluk kepada magis dan masa saja.

 

 

Crush turut dikenali raja OST drama Korea.

 

Menurut sumber, setakat tahun 2019, BTS tidak akan ke Malaysia kerana jadual mereka sudah pun penuh sehingga tahun 2020. Ia berikutan BTS baru saja menandatangani kontrak dengan banyak program di Hollywood dan beberapa negara yang lain. Oleh itu, BTS hanya boleh menghiburkan peminat di Malaysia apabila mereka tamat kontrak pada 2020.

 

 

Gray datang KL awal Mac lalu dan ingin kembali.

 

Sungguhpun begitu, pihak tersebut mengatakan kontrak yang termeterai juga hanya diketahui tamat pada 2020 dan berkemungkinan akan terus sambung seandainya BTS terus menyinar di peringkat antarabangsa. Bulan tamatnya kontrak tersebut masih lagi dirahsiakan. Atas dasar itu, banyak pihak di Malaysia terpaksa akur dan menunggu serta beratur untuk menganjurkan konsert BTS di Malaysia.

 

 

Beenzino yang fasih English turut berhasrat ke Malaysia.

 

Difahamkan paling cepat pun BTS ke Malaysia pada 2020 iaitu diambang penghujung kontrak atau paling tidak pun selepas 2020 yang bermakna peminat BTS iaitu ARMY di Malaysia perlu menunggu hampir 2 tahun sehingga 2021. Namun, perubahan ini hanya boleh berlaku seandainya perancangan mereka melibatkan projek tersebut batal dan berlakunya keajaiban.

 

 

PD101 menaikkan nama Samuel Kim.

 

Sementara itu, penyanyi popular Korea bernama Crush yang lagunya banyak menghiasi drama popular Korea menyatakan hasrat ingin berkunjung ke Malaysia pada 2019. Ia berikutan Crush mendapat tahu kebanyakan lagunya yang menjadi OST drama Korea menjadi siulan bukan saja anak muda bahkan golongan dewasa.

 

 

Ahli Girls Generation, Tiffany turut mengatur langkah sebagai penyanyi solo.

 

Selain Crush terdapat ramai bintang K-POP yang fasih berbahasa English tunjuk menunjuk minat untuk menghiburkan peminat di Malaysia. Bintang-bintang tersebut ialah Samuel Kim, Simon D, Higher Music, Beenzino, Illionaire dan Sik-K. Barisan nama ini masih belum pernah ke Malaysia tetapi menunjukkan minat mendalam bukan saja untuk mengadakan persembahan, mereka juga mahu kenali lebih dekat budaya dan masyarakat Malaysia.

 

 

Simon Dominic sedang rancak atur jadual ke seluruh Asia.

 

Di samping itu, bintang Korea yang pernah ke Malaysia dan mahu kembali pada 2019 ialah Eric Nam, Epik High, Kang Gary, Kim Jung Kook, Flowsik dan Gray. Untuk pengetahuan, Flowsik dan Gray datang ke Malaysia awal March ini dan terus jatuh cinta dengan Malaysia. Setakat ini, mereka berdua masih belum mengadakan sebarang persembahan di Malaysia. Pun begitu, tarikh, masa dan lokasi untuk menunaikan hasrat bintang ini masih belum ditentukan lagi kerana mereka masih berbincang dan mahu melakukan yang terbaik untuk peminat di Malaysia kelak.

 

 

Walaupun masih baru, Sik-K sangat digilai wanita sehingga cetus kontroversi seluar londeh.

 

Walau bagaimanapun, IZONE, Samuel Kim dan Tiffany Young masing-masing bercadang mahu mengadakan persembahan di Malaysia sekitar Julai dan Ogos 2019. Apa sekalipun, EH! KOREA BUZZ berharap peminat boleh terus menanti dengan penuh kesabaran pengumuman rasmi dari pihak penganjur artis-artis terlibat. Dengarnya, ada artis yang bakal buat pengumuman dalam waktu terdekat. Cuba teka siapa?

Kongsikan artikel ini