Ramai terkejut melihat penampilan terbaru bekas peserta Rockanova yang tersingkir pada minggu kedua iaitu JR. Malah, ada yang menyangka, penyanyi yang pernah keluarkan single di bawah kelolaan KRU Record ini adalah jejaka Korea yang fasih dan hebat menyanyikan lagu berbahasa Melayu.
Padahal JR yang kini mahu dikenali dengan nama JZ Suarez atau JZ merupakan jejaka berdarah Pinoy kerana ibunya berasal dari filipina. Bagaimanapun, dia beragama Islam dan sangat fasih berbahasa Melayu, English dan tagalog.
Melihat penampilan terbarunya yang kini jauh lebih kacak dan persis artis Korea, ada yang menyangka JZ telah mengambil pembedahan plastik. Dulu, sewaktu beraski di pentas Rockanova, JZ nampak seperti rockers tak jadi. Namun, kini JZ ada iras aktor Korea dan nampak lebih menarik dari sebelum ini.
Atas sebab itulah, JZ kini terus popular di aplikasi Bigo dan sering saja mendapat tontonan yang banyak dari penontonnya setiap kali menjalankan siaran langsung. Difahamkan, JZ banyak mengasah bakat nyanyian menerusi aplikasi tersebut. Malah, dia banyak menyanyikan lagu-lagu bahasa Indonesia, Melayu, tagalog dan Korea untuk menghiburkan penontonnya.
Menurut sumber, JZ kini sudah tidak lagi bersama KRU Records dan sedang merancang untuk kembali ke arena seni tempatan walaupun menganggap sudah dua kali gagal dalam seni iaitu Rockanova dan single pertamanya yang dikategorikan berkualiti dan sedap didengar namun tidak mendapat perhatian. Semoga perancangan JZ terlaksana. Seandainya anda mahu melihat wajah JZ, anda bolehlah mengikuti siaran langsung JZ di Bigo Live. Anda pasti terkejut dan jatuh cinta dengannya terutama sekali peminat Oppa.