Duda Terhangat Di Korea, Song Joong Ki Akhiri Status Duda? Ini Jawabnya…

Selepas hangat diperkatakan menolak tawaran filem besar di Korea, duda hangat Korea, Song Joong Ki digembar-gemburkan sudah temui pengganti bekas isteri, Song Hye Kyo.

Cerita sensasi ini tersebar selepas duda kacak ini berpisah dengan bekas isterinya hampir setahun. Bagaimanapun, pengurusan Song Joong Ki iaitu History D&C menepis dakwaan tersebut dengan mengeluarkan kenyataan rasmi.

siapa bakal menambat hatinya kembali?

Gosip ini mula tersebar dikalangan komuniti atas talian dan media sosial yang mengatakan Joong Ki sedang menjalinkan hubungan dengan peguam. Malah, identiti peguam tersebut juga merebak luas.

Penampilan terbaru untuk projek filem

“Semuanya tidak benar. Gosip ini mula tersebar dalam industri hiburan Korea. Bagaimanapun, semua tidak betul. Sekarang ini, Joong Ki sangat sibuk susun atur semula jadual perfileman yang tertangguh,” jelas History D&C.

Filem tersebut ialah Bogota yang sepatutnya menjalani penggambaran utama di Kolumbia. Bagaimanapun, disebabkan pendemik Corona Virus atau Covid-19, penggambaran telah ditangguhkan dan bertukar. Malah, pelakon dan krew sudah pun pulang ke Korea.

Kongsikan artikel ini