Use your ← → (arrow) keys to browse
Tidak dapat dinafikan, selepas peserta Big Stage, Sarah Suhairi menyanyikan lagu K-POP dari kumpulan Black Pink berjudul Ddu Du Ddu Du, populariti penyanyi kecil molek ini melonjak sehingga membawakan dirinya layak menjadi juara musim pertama Big Stage. Malah, Sarah yang sebelum ini kurang dikenali menjadi kegilaan ramai anak muda dan video persembahannya menerusi lagu Black Pink itu menjadi tular nombor 2 di dunia.
Gaya Sarah Suhairi mendendangkan lagu Ddu Du Ddu Du.
Impak yang berlaku terhadap Sarah Suhairi membuatkan ramai peminat K-POP berpendapat alangkah baik sekiranya peserta program Gegar Vaganza musim kelima (GV5) dapat melakukan perkara yang sama. Walaupun program Gegar Vaganza mempunyai peminat tersendiri, namun pendekatan untuk menyenaraikan lagu K-POP atau Korea sebagai lagu tugasan boleh mendorong GV5 mencipta satu lagi sejarah baru.
Siapakah peserta GV5 yang boleh menyahut cabaran ini?
Oleh kerana itu, hasrat ini diharap dapat ditunaikan peserta dan produksi GV5 sekaligus mencipta fenemona baru buat program yang diminati ramai ini. Bagi memudahkan pihak produksi, EH! KOREA BUZZ yang menyokong cadangan ini telah menyemak dan menyenaraikan 12 lagu yang dirasakan sesuai untuk dipersembahkan peserta GV5 nanti.
Mungkinkah lagu BTS menjadi pilihan?
Lihat disebelah untuk ketahui lagu berkenaan serta peserta yang dianggap sesuai menyanyikan lagu berkenaan. 12 lagu ini juga adalah lagu yang dicadangkan segelintir peminat K-POP yang menonton GV5 bersama team EH! KOREA BUZZ di Korea.