Jadi Rebutan Agensi Di Korea, Fans K-POP Sangka Dave Yoo Sertai Big Stage 3!


Teka-teka peserta terbaru musim ketiga Big Stage masih lagi belum terjawab. Namun, video bayangan tentang peserta terbaru sudah mula dimuat naik dilaman sosial yang saban waktu membuatkan peminat setia program ini teruja dan tidak senang duduk. Dari posting tersebut, pihak penganjur masih memberi harapan dan bayangan berkemungkinan besar masih lagi mengekalkan peserta dari luar negara walaupun semua sudah maklum bahawa Malaysia masih lagi belum buka laluan bangsa asing untuk datang ke Malaysia.

Malah, penglibatan peserta dari Korea seakan tidak ada selepas desas-desus mengenai perkara tersebut sudah dihidu dan berkemungkinan hanya ada Oppa celup saja dalam Big Stage musim ketiga. Bagaimanapun, selepas bekas pengurus Hanbyul iaitu Hyunmin-A muat naik gambar seorang lelaki Korea di laman Instagramnya telah mengundang spekulasi yang lain.

Apatah lagi caption pada foto tersebut ialah My next Hanbyul! Segelintir peminat yang mengikuti laman IG tersebut menghidu bahawa lelaki yang bernama Dave Yoo bakal menyertai Big Stage 3. Lebih menarik lagi, pengikut setia Hyunmin-A rasa berdebar-debar kerana sebelum Hanbyul sah diumumkan sertai Big Stage 2, bayangan seakan sama telah diberikan Hyunmin dalam IGnya.

Pun begitu, menerusi keterangan lanjut yang tertera di IG dan Facebook, Dave Yoo sebenarnya baru saja sah dipilih sebagai pengacara untuk program baru. Menerusi rancangan tersebut, Dave yang baru saja berusia 18 tahun akan berceloteh dalam bahasa English dan Melayu. Difahamkan, Dave sebenarnya pernah menjadi rebutan agensi hiburan dan peragaan besar di Korea kerana wajahnya yang kacak seperti visual dalam kumpulan KPOP.

Menerusi program yang bakal dikendalikan Dave, jejaka Korea ini mencari pasangan pengacara yang terdiri daripada wanita Malaysia pelbagai lapisan umur dan bangsa. Namun, syarat utama untuk menjadi pasangan Dave ialah wanita tersebut mestilah menetap di Selatan Tanahair iaitu Johor. Jika anda berminat untuk mencuba, anda boleh dapatkan informasi tersebut di laman instagram Hyunmin-A.

Berbalik kepada Big Stage 3, sama ada benar atau tidak Dave atau peserta Korea lain menyertai program ini bakal terjawab tidak lama lagi. Tetapi menerusi entry sebelum ini, bayangan peserta sudah terang lagi bersuluh. Anda hanya perlu nilai sendiri. Good luck kepada peserta baru Big Stage!

Kongsikan artikel ini