Keputusan pintu negara Malaysia dibuka untuk beberapa negara masih belum diketahui lagi. Walau bagaimanapun, ramai gembira apabila Korea tersenarai sebagai 6 negara awal yang dibenarkan untuk datang ke Malaysia sebaik saja pintu negara dibuka semula.
Pun begitu, berkemungkinan keputusan ini bakal ditarik balik memandangkan secara tiba-tiba pihak Korea mengumumkan diserang gelombang kedua Covid-19.
Pun begitu, berikutan pengumuman tersebut, sebuah syarikat telekomunikasi terbesar di Malaysia dikhabarkan sedang mengintai pelakon kacak, Lee Min Ho yang kerap datang ke Malaysia sebelum dia menyertai latihan khidmat tentera selama dua tahun.
Menurut sumber, perancangan tersebut baru saja dibuat kerana nama Lee Min Ho kembali menyinar walaupun drama terbaru lakonannya kurang impak seperti lakonannya sebelum ini. Dari hasil perbincangan tersebut, berkemungkinan besar bekas teman lelaki Suzy ini akan datang ke Malaysia sebaik saja pandemik Covid-19 tamat atau reda.
Oleh kerana itu, tarikh dan masa kedatangan itu dicadang sama ada awal 2021 atau penghujung 2021. Bagaimanapun, ia juga tertakluk kepada jadual Lee Min Ho sendiri.
Selain Lee Min Ho, pihak berkenaan turut serta memetik nama Hyun Bin yang sebelum ini pernah dicanangkan bakal ke Sabah selepas sambutan AIdilfitri.
Bagaimanapun, segalanya tertangguh dan masih belum buat apa-apa lagi memandangkan banyak sekatan telah berlaku gara-gara pembunuh senyap Covid-19. Apa sekalipun, perkhabaran ini membuktikan bahawa kedatangan artis Korea ke Malaysia sedikit sebanyak membantu memulihkan semula ekonomi negara yang merudum lebih-lebih lagi sektor pelancongan.
Semoga perancangan ini berjaya terlaksana sekaligus memberikan impak baru terhadap semua sektor. Mungkin juga kedatangan Lee Min Ho dan Hyunbin merubah semangat segelintir pihak yang kini masih lagi mencebik kerana banyak perkara tidak dapat dilakukan seperti biasa.