Nampaknya, semakin hari ada saja kisah panas yang kami terima berkenaan model Malaysia apatah lagi model-model yang ada iras lelaki Korea bergelar Oppa. Terbaru, Korea Buzz dimaklumkan, seorang juru solek merangkap designer Malaysia telah melakukan hal yang agak memalukan sewaktu sesi fotografi.
Difahamkan, sesi fotografi tersebut telah menjemput jurusolek ini sebagai makeup artis dan penata rias konsep fotografi tersebut. Perkara ini terjadi apabila juru solek itu sebenarnya mempunyai perasaan dengan model tersebut yang sebelum ini pernah mengharumkan nama Malaysia ke peringkat antarabangsa.
Disebabkan model yang wajahnya mirip pelakon Korea itu terlalu seksi bagi juru solek ini, dia tidak dapat tahan menahan nafsu dan meramas serta menyentuh alat sulit model tersebut di hadapan kamera serta beberapa krew yang terlibat dengan penggambaran tersebut.
Atas alasan mahu membetulkan pakaian dan seluar yang dipakai model tersebut, kelakuan nakal itu tidak disenangi model berkenaan serta krew lain. Walaupun menyedari juru solek ini mempunyai bakat yang besar dan idea kreatif dalam menata rias konsep fesyen Malaysia, rupa-rupanya model yang meminati bintang KPOP asal China iaitu Jackson Wang dari kumpulan GOT7 ini bukanlah mangsa pertama.
Malah, jurusolek ini yang banyak melakukan sesi fotografi tanpa benang atau berkonsepkan seksi dengan beberapa model tempatan dan antarabangsa yang lain banyak kali bersikap sedemikian rupa. Dari sesi tersebut, dikhabarkan banyak juga model telah dinoda dengan dia meraba anggota badan model-model yang terlibat. Seram bunyinya kan..
Apa yang penting, sama ada benar atau tidak cerita ini, juru solek itu perlulah berhati-hati kerana ia melibatkan maruah dan boleh dibawa kes jenayah. Ini kerana, berkemungkinan besar mangsa akan jadi fobia dan tekanan mental kerana kes ini.