Pengacara Pangkat Dato’ Belajar Bahasa Korea Bersama Pencipta Hanbyul

Rezeki pengacara TV ini tidak sama seperti pengacara TV yang lain. Dalam ramai pengacara atau hos Malaysia yang dalam dilema mencari rezeki masa PKPP, hos tinggi lampai dan kacak ini semakin menjadi-jadi jobnya. Boleh dikatakan, setiap masa ada saja wajahnya menghiasi kaca TV sebagai pengacara. Paling tidak pun, sebagai pengkritik sebuah program hiburan popular.

Mungkin benar apa orang kata, hos yang berpangkat Dato’ ini sangat mesra dan tidak pilih bulu dalam mengacarakan program. Malah, dia dikhabarkan sangat komited dan tidak demand bab bayaran walaupun boleh dikategorikan sebagai salah seorang legend dalam industri hiburan.

Terbaru, hos yang trademarknya menjadi ikutan peminat terutama sekali peminat setiap program lawak dikurniakan rezeki untuk mengacarakan program baru. Difahamkan, program tersebut banyak berinpirasikan program  popular dari Korea Selatan. Dengar cerita, program ini akan mulakan sesi rakaman selepas sambutan raya haji. Paling tepat, Ogos ini.

Menerusi program yang masih belum jelas konsepnya, pengacara yang sangat aktif ini sekali lagi diberi mandat sebagai hos. Memandangkan dia telah bersetuju serta dalam proses bersedia, hos yang pengurusnya merupakan selebriti wanita cantik sedang belajar bahasa Korea. Menarik kan?

Hos ini dimaklumkan akan berbicara dalam bahasa Korea untuk program berkenaan. Lebih istimewa, hos TV ini belajar cakap Korea dengan juniornya dalam penyampaian TV di Malaysia yang mana sebelum ini mereka berdua pernah berganding bahu sebagai pengacara untuk program lawak di Malaysia.

Menurut sumber, hos TV ini terdetik untuk belajar dengan hos junior itu disebabkan hos junior ini sudah pun berjaya mencipta Hanbyul sebagai penyanyi popular di Malaysia sekaligus membuatkan Hanbyul juara Big Stage musim kedua. Tak kering gusi dibuatnya apabila mendengar cerita cara mereka berdua mengadakan sesi pembelajaran. Al-maklumlah, hos ini pun terkenal dengan lawak sempoinya.

Mendengar berita ini, Korea Buzz berasa teruja untuk menonton program baru tersebut. Lebih-lebih lagi untuk menyaksikan pengacara ini cakap bahasa Korea. Mungkin jua, si junior dan senior ini boleh bersatu lagi dalam sebuah program seperti dulu. Yelah, Junior ini pun sekarang ini sudah menjadi artis Korea dan mempunyai lagu KPOP sendiri. Paling tidak pun berganding dalams sebuah lagi. Status mereka berdua pun penyanyi. Mesti Meletopkan?