Ramai Terkejut Menemui Kembar Jin BTS Dari Indonesia Di Aplikasi Bigo!

Jika anda penggemar aplikasi Bigo, pasti anda pernah menemui ramai lelaki dan wanita yang menyerupai artis popular dari pelbagai bangsa dan negara. Terbaru, peminat BTS atau digelar ARMY terkejut apabila melihat video live dari seorang jejaka berasal dari Indonesia.

Menggunakan ID pengguna Bigo Kamu, Gun yang bertugas sebagai pegawai perubatan atau senang cerita frontliner, membuatkan ramai terkesima apabila dia muncul di ruangan penyanyi dari Indonesia yang berdarah kacukan Korea dan Cina Indonesia.

Jin BTS (kiri) dan Gun.



Ramai menyangka Gun berdarah kacukan dan berasal dari Korea kerana wajah persis Oppa Korea. Bagaimanapun, Gun menolak dakwaan tersebut dan menyatakan bahawa dia asli dari Indonesia dan tidak mempunyai darah kacukan. Menyedari ramai curiga dengan pengakuan tersebut, Gun rasa dihargai dan terkejut apabila dia dikatakan mirip ahli BTS iaitu Jin.

Gun terdiam dan tidak sangka dirinya disamakan dengan Jin yang bergelar world wide Handsome sedangkan dia masih baru dalam arena aplikasi Bigo. Apa sekalipun, mungkin Jin BTS akan respon tentang kembarnya ini jika dia ketahui kewujudan kembarnya.



Yelah, Jin dikenali sebagai ahli BTS yang fans servicenya sangat bagus dan suka berinteraksi dengan peminat. Persamaan wajah Gun dan Jin ini membuktikan bahawa benar bahawa di dunia ini ada 7 manusia yang memiliki wajah yang sama. Setuju atau tidak?

Kongsikan artikel ini