Selepas tular kerana mahukan teman lelaki dari Malaysia, Kim Su Hyun atau Soo mengesahkan bahawa dia akan muncul dengan sebuah lagu Melayu pada November 2020. Difahamkan, lagu tersebut merupakan hadiah dari buah hatinya yang juga penyanyi dari Malaysia.
Walaupun Soo yang dikenali sebagai ratu tiktok dan guru Bahasa Korea lebih menganggap penyanyi Malaysia tersebut macam adik sendiri, namun, jelas terbukti hubungan mereka lebih intim kerana lagu ini dikhabarkan lebih kepada kisah benar. Kisah cinta mereka.
Menerusi laman sosial Soo, dia telah mengemas kini bahawa dia baru saja tamat penggambaran muzik video lagu tersebut di Korea. Melalui perkongsian tersebut, dia dimaklumkan sebagai penyanyi Korea pertama yang debut sebagai penyanyi di Malaysia. Macam silap je….
Pun begitu, kenyataan Soo sebenarnya salah kerana dia bukanlah yang pertama sebaliknya sebelum dia, ada Hanbyul dan Doohyun pernah melancarkan lagu Bahasa Melayu terlebih dahulu. Bagaimanapun, netizen tidak boleh menyalahkannya kerana dia tidak tahu dan ia pun ditulis berdasarkan informasi salah dari kawannya sendiri.
Walaupun sudah mengumumkan tentang lagu tersebut, Soo masih belum tahu kedudukan lagu berkenaan sama ada ia dibawah label Universal Music atau pun Warner Music. Bagaimanapun, ia boleh didengari menerusi aplikasi Itunes dan Spotify nanti.
Yang penting, semoga lagu ini tidak merosakkan industri muzik Korea dan Malaysia. Yelah, sekarang ini seakan menjadi trend, popular di laman sosial boleh terus jadi penyanyi. Kalau ada bakat tidak mengapa, tetapi banyak yang tidak berbakat tapi berduit jadi penyanyi. Siapa setuju?