Selepas bangkit dari petapaan dan hanya muncul sebagai penyampai radio di Arirang Radia, Sam Carter yang juga bekas ahli kumpulan Lunafly kini kembali bergelar penyanyi.
Selepas percubaan comeback dengan lagu Alone hasil usaha sendiri dibawah label Wayout Sound miliknya menjadi siulan, Sam terus melancarkan lagu baru berjudul It’s You. Walaupun kedua-duanya dalam Bahasa English sepenuhnya, peminat yang merindui suara Sam ternyata berpuasa hati.
Malah, Sam yang kini kerap berinteraksi menggunakan laman Instagram berasa teruja dan berharap lagu-lagu tersebut dapat memberikan warna baru terhadap peminatnya.
Terbaru, Sam yang juga sibuk sebagai produser muzik artis-artis KPOP dikhabarkan bakal mencabar diri dengan merakamkan lagu Melayu sepenuhnya.
Difahamkan lagu ini merupakan hasil karya dari produser Malaysia yang cacat penglihatan. Menurut sumber, produser ini pernah beberapa kali membuat lagu yang tular di social media.
Menerusi perkhabaran tersebut, Sam dikatakan begitu teruja kerana ini merupakan kali pertama dia menyanyikan lagu Melayu. Sebelum ini, Sam pernah tunjuk bakat menyanyi lagu raya sewaktu program Oppa Raya House.
Dengar cerita lagu ini ada unsur rap dan penceritaan lebih dekat dengan orang Malaysia. Sungguhpun berita gembira ini masih belum sah lagi. Namun, Korea Buzz merasakan percubaan ini pasti disukai oleh ramai orang terutama sekali peminat muzik dari Malaysia.
Berkemungkinan Sam bakal menerima impak yang sama seperti Hanbyul yang kini telah mempunyai dua lagu dalam Bahasa Melayu selepas muncul juara Big Stage musim kedua. Apapun, semoga minat yang ada pada Sam Carter ini diikuti lebih ramai penyanyi dari Korea. Siapa tahu mungkin satu hari nanti BTS juga bakal menyanyikan lagu Melayu?