Siapakah Aktor Yang Sanggup Bedah ‘Anu’ Sebab Isteri Terlalu Muda?

Bukan kerana dia tidak mampu tetapi tindakan melakukan pembedahan pada alat sulit adalah langkah berjaga-jaga aktor ini selepas berkahwin dengan isteri yang lebih 20 tahun beza umurnya. Walaupun sudah lebih 5 tahun melalui bahtera perkahwinan, aktor ini masih lagi terus mendapatkan rawatan dibahagikan anunya itu.


Jika melihat dari segi paras rupanya yang terletak kacak tanpa ada pembedahan plastik serta susuk tubuhnya yang sado dan tinggi, pasti ramai tidak menyangka aktor ini sanggup melakukan pembedahan di bahagian berkenaan. Jika disebut namanya, ramai peminatnya pasti terkejut. Mungkin juga peminat akan mengamuk dan boleh melakukan rusuhan.

Namun, aktor ini lebih popular di Korea berbanding di peringkat antarabangsa. Aktor ini masih lagi aktif sebagai pelakon. Dia juga sering tampil sebagai model catwalk untuk beberapa jenama tersohor di Korea. Menurut sumber, aktor ini telah melakukan pembedahan tersebut hanya kerana mahu menjalankan tanggungjawab sebagai suami. Ianya juga bukanlah permintaan dari si Isteri. Dalam erti kata lain, dia tidak mati pucuk pun.

Rahsia aktor ini melakukan pembedahan anu hanya diketahui pihak tertentu saja. Namun, ada juga mengatakan, aktor ini tidak pun malu untuk mengaku kerana ia merasakan tindakan tersebut adalah betul demi menjaga kesihatan. Kini, aktor tersebut bahagia bersama isteri dan anak-anaknya. Malah, dia juga sihat dan menjalankan kehidupan harian seperti anak muda dan ramai tidak percaya usianya sudah mencecah 50 tahun.

Difahamkan, selepas perkhabaran ini dihidu ramai orang, klinik dan doktor yang merawat aktor tersebut sering saja dikunjungi ramai lelaki. Yang penting, bukan lelaki yang sudah berusia saja, ada juga lelaki muda pergi menjalankan rawatan. Malah, ramai juga kaum wanita menasihati pasangannya untuk bertemu doktor berkenaan. Soseh-soseh ini sering saja didengari orang Korea yang mengunjungi klinik yang berkaitan. Namun, kesahihan tentang aktor ini menjalankan pembedahan masih lagi tidak diketahui. Setakat ini, belum ada lagi pengakuan atau berita yang mempamerkan pengakuan pelakon tersebut.