Tampil Dedahkan Belakang Badan Yang Seksi, Suzy Kantoi Ada Tatu Tapi…

Kecantikan aktres yang juga bintang KPOP popular, Suzy memang sering saja menarik perhatian netizen bukan saja lelaki tetapi wanita. Malah, lakonannya juga sering meninggalkan kesan walaupun pada awalnya ramai meragui bakat sebenar Bae Suzy yang dikatakan popular hanya kerana visual tidak kisahlah dalam bidang lakonan dan nyanyian.

Bagaimanapun, Suzy mampu menepis segala tuduhan tersebut sehingga melakar kejayaan tersendiri. Jadi tidak hairanlah, setiap kali tampil dengan imej terbaru, peminat di Korea dan antarabangsa pasti membahaskannya.


Terbaru, peminat terkejut apabila Suzy akhirnya mendedahkan tatu yang dimilikinya. Sewaktu foto kempen untuk produk kosmetik dilancarkan, Suzy yang menjadi model produk tersebut menarik perhatian netizen dengan tatu yang berbentuk hati dan tanda salip yang terletak di tengkuk belakang Suzy.

Walaupun kecil, rekaan tatu tersebut dapat dilihat dengan jelas. Malah, ia digambarkan amat sesuai dengan Suzy. Selama ini, peminat tidak dapat melihat tatu berkenaan kerana tersembunyi di sebalik rambutnya yang ikal mayang.


Sungguhpun terkejut, ramai juga peminatnya berminat untuk mendapatkan rekaan tatu tersebut dan membuatnya di bahagian yang sama. Apa sekalipun, Suzy sebelum ini juga pernah tular kerana memakai tudung untuk sebuah drama Korea yang ada berkaitan Islam.

Kongsikan artikel ini