Jangan Lupa Tonton Oppa Raya House, Syawal Ke-4 Di FB Korea Buzz Atau Di Sini!

Seperti yang dijanjikan untuk buat pertama kali, bintang K-POP bakal menyerikan Aidilfitri menerusi program Oppa Raya House anjuran Korea Buzz bersama Wayout Sounds pada raya keempat bersamaan 27 Mei 2020 bermula jam 9 malam waktu Malaysia.

Program ini bakal dihoskan Hyunmin-A bersama penyampai radio Arirang Korea iaitu Sam Carter yang sebelum ini adalah ahli kumpulan Lunafly. Pada program secara langsung di laman facebook Korea Buzz itu akan diserikan lagi dengan Korean Muslim yang juga bergelar penyanyi iaitu Park Soohan dan penyanyi baru, Jacob Choi.

Menerusi selama sejam ini, kesemua bintang yang terlibat akan menyanyikan sebuah lagu raya yang telah diminta oleh peminat menerusi artikel terdahulu. Antara lagu yang bakal dipersembahkan ialah Dari Jauh Ku Mohon Maaf, Selamat Hari Raya, Selamat Berhari Raya dan Sesuci Lebaran.

Program ini turut melibatkan pemain sexophonist bebas wanita pertama di Malaysia iaitu Keyin Tay yang mendapat jolokan kembar Amber Liu dari kumpulan FX. Lebih istimewa lagi, seorang bintang K-POP misteri bakal turut sama menyertai program ini. Jadi, jangan lupa like facebook Korea Buzz untuk menonton secara langsung program ini.

Anda juga boleh menontonnya di link di bawah ini. Selamat menonton dan semoga terhibur.

 

Kongsikan artikel ini