Muka Jambu Campuran Korea & Jepun, Justin Ho Kena Cari 1000 Wajah!

Sekali pandang, peserta Altitude World Supermodel Malaysia 2021, Justin Ho seperti orang Korea. Namun, bila diteliti dengan lebih dekat lagi, dia yang bekerjaya sebagai perenang juga mempunyai wajah seperti orang Jepun.

Bagaimanapun, juru foto fesyen, Izzue Malique mengatakan Justin Ho masih lagi baru dalam arena peragaan tetapi mempunyai pakej yang lengkap jika digilap dengan rapi dan bertemu guru yang betul.

Foto oleh Izzue Malique

“Muka Justin sangat jambu. Namun, banyak perkara dia perlu belajar. Melihat aksi dia berhadapan dengan kamera sudah tahu bahawa dia masih mentah. Walaupun muka jambu macam korea dan Jepun, dia banyak perlu belajar.

“Actually, setiap kali pose, dia hanya memberikan satu wajah saja. Muka dia sama saja. Dia kena belajar ekpresi dan gaya pose dengan lebih tepat serta terperinci. Sebagai model, dia kena ada 1000 wajah. Dia perlu cari sampai jumpa barulah dia boleh menyerlah dalam bidang peragaan,” kata Izzue.

Foto oleh Izzue Malique


Dalam pada itu, Justin Ho antara peserta yang mendapat undian tertinggi. Jika anda berminat dengan Justin Ho, anda boleh mengundinya di sini.

Kongsikan artikel ini