Orang Korea yang tinggal dan menetap di Australia ternyata berlainan sikap kerana mereka lebih terbuka dengan budaya peluk dan cium. Hampir kesemua orang Korea di Australia menganggap cium dan peluk itu ada salah satu dari konsep ucapan dan salam kenalan.
Bagaimanapun, konsep salam kenal dan ucapan di Korea sebalik jauh berbeza. Selain tunduk hormat, berjabat tangan merupakan salah satu cara mereka bahasa perkenalan. Sama seperti budaya peluk, orang Korea sangat konservatif dengan budaya cium. Malah, mereka juga amat sensitif dengan bercumbu di khalayak ramai.
Tidak dapat dinafikan, drama Korea turut terkenal dengan babak ciuman yang dianggap sangat romantis. Malah, momen ciuman pertama begitu banyak dibahaskan sehinggakan ada banyak kisah menarik di sebalik ciuman pertama tidak kiralah bagi lelaki atau wanita Korea.
Negara seperti Amerika Utara misalnya menjadi pegang tangan dan cium pada temu janji pertama adalah satu perkara biasa. Bagaimana, tidak bagi di Korea sekarang. Pertama kali berjumpa atau dating bukanlah tiket untuk pegang tangan atau bercumbu.
Pun begitu, lelaki Korea mungkin lebih bersikap terbuka untuk pegang tangan di temu janji yang pertama. Namun sama sekali tidak untuk cium untuk pertemuan pertama kali. Sesungguhnya orang Korea akan menunjukkan reaksi mengejutkan dan tidak menerima dengan budaya bercumbu di khalayak ramai.
Menurut sumber, jika lelaki Korea yang menjadi pasangan kamu dan cuba untuk bercumbu dengan pasangannya, ini bermakna dia akan melakukan tindakan seterusnya termasuklah mengajak anda ke motel atau hotel. Jadi jangan terkejut dan berhati-hati.
Hakikatnya, ciuman di khalayak ramai dipandang rendah dan sangat tidak bermoral dikalangan individu yang lebih tua di Korea. Namun, pantang larang ini sudah semakin tipis bagi generasi muda di Korea. Pun begitu, ia masih dapat dipantau dan dikawal orang oleh tua. Ia sama seperti berpakaian sempurna dan cantik yang menjadi kepetingan di Korea dengan menganggapnya sebagai tanda hormat.
Oleh itu, janganlah sesekali mudah terpedaya dengan budaya cium dalam drama Korea yang sering mendapat perhatian. Malah, ada yang terpedaya dengan sorakan cium sama seperti sorakan persembahan bintang KPOP. Sedarlah bahawa ciuman itu sama mahal seperti pelukan di Korea.