Hoon Doo Pilih Iman Troye Tercantik, Nak Ikut Hanbyul & Sahut Cabaran Nirmala Siti Nurhaliza!

4 of 4Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

“Kalau saya tinggal di Malaysia, saya nak pergi ke Opera House dan tonton banyak persembahan orang Malaysia. Saya nak lihat perlawanan bola sepak di stadium nasional bukit jalil dan menyanyi lagu Negaraku di situ jika diberi keizinan. Saya juga mahu pergi ke Kota Kinabalu dan merasai alam semula jadi di sana.


“Saya juga nak pergi ke jalan Alor dan makan makan tradisional Malaysia. Kalau boleh saya mahu melakukan persembahan busking. Saya juga mahu ke TV stesen di Malaysia dan lihat set penggambaran. Saya nak kolaborasi dengan ramai artis Malaysia,” kata Hoon sebagai ketua kumpulan Paradise.

Sementara itu, walaupun hasrat Doo lebih kurang sama dengan Hoon, tetapi dari jawapan yang diberikan, jelas bahawa Aina Abdul adalah wanita kesukaannya.


“Saya mahu pengalaman pelbagai budaya dan makan di Kuala Lumpur. Saya juga nak ke Kota Kinabalu dan berehat di sana. Kalau boleh saya nak pergi ke Legoland dan kembali ke dunia kanak-kanak di situ. Saya mahu melawat semua dewan persembahan dan merasai persembahan orang Malaysia.


“Saya juga nak busking dengan dihiasai permandangan indah Malaysia. Saya mahu rakam video yang terbaik untuk keluarga dan rakan saya di Korea. Saya nak jumpa Aina Abdul dan menyanyi bersamanya,” katanya.


Temu ramah eksklusif bersama Hoon Doo menjadi lebih menarik apabila mereka berkongsi tips tentang kemurungan, LGBT dan Korona di Korea. Dapatkan pengakuan tersebut di entri susulan.

4 of 4Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kongsikan artikel ini