Vagina Bergetar, Pakar Bedah Korea Boleh Bankrap Sebab Aktor True Beauty!

Acapkali episod terbaru drama Korea berjudul True Beauty disiarkan, ada saja isu tular di laman sosial. Bermula dari jalan cerita dan pelakon yang cantik, kacak dan seksi sehingga berita gempar berkaitan pelakon yang positif Covid-19.

Memang tidak dapat dinafikan, kesemua figura yang terlibat dengan drama ini boleh dikategorikan antara yang paling kacak dan cantik di Korea. Malah, kebanyakan mereka masih lagi berumur 18 dan 19 tahun. Walaupun memegang watak sebagai hero kedua, pelakon bernama Hwang In Yeop yang memegang watak Han Seo jun menerima impak luar biasa dengan ketinggian dan ketampanan yang dimilikinya.

Hwang In Yeop


Malah, Hwang In Yeop yang masih baru dalam bidang lakonan tetapi menyinar dalam bidang peragaan menjadi kegilaan ramai. Selain Hwang, pelakon pembantu yang menjadi adik kepada heroin utama iatu Kim Min Ki turut mendapat perhatian.

Kim Min Ki


Lakonannya yang bersahaja serta usianya yang sama seperti dalam drama menarik perhatian ramai gadis. Walaupun babaknya tidaklah sebanyak pelakon utama, namun kemunculan Min Ki menjadi  penantian. Ramai yang jatuh hati dengan kecomelan wajah Min Kin yang sebenarnya banyak belakon drama Korea bersiri atas talian dan berkonsepkan high school serta webtoon.

Masih berhubung dengan ketampanan pelakon lelaki True Beauty, seorang pakar bedah Korea bernama Dr Charles Lee menjadi tular selepas membuat video pengakuan di laman tiktok. Dalam video pengakuan tersebut, Dr Lee mendedahkan tentang ketakutannya terhadap kesempurnaan seorang pelakon lelaki ini.

Menerusi video tersebut, pelakon lelaki tersebut dikatakan mempunyai ukuran, posisi depan, tepi dan melintang yang sempurna., Malah, dia mengatakan pelakon ini sebenarnya dilahirkan sempurna sejak dari kecil lagi.

Disebabkan kesempurnaan pelakon itu, dia mengakui seandainya semua lelaki di dunia ini sama sepertinya, perniagaannya dalam bidang pembedahan plastik boleh bankrap dan hilang pelanggan.

Apa yang pasti, pengakuan tersebut dibuat oleh doktor ini atas permintaan anaknya. Bukan saja mengejutkan ramai pihak, video tersebut menggembirakan ramai pemuja pelakon tersebut. Ini kerana pelakon yang dimaksudkan adalah tak lain tak bukan adalah hero utama True Beauty iaitu Cha Eun Woo.

Cha Eun Woo


Walaupun aktor yang berusia 24 tahun ini hanya berada di kedudukan ke 22 dalam keputusan lelaki terkacak dunia 2020, wajah yang dimilikinya bukan saja membuatkan banyak vagina bergetar. Sebaliknya, ia mengundang cemburu ramai lelaki bukan saja di Korea tetapi di seluruh dunia.

dua teraju utama True Beauty


Kegembiraan yang terbit dari hati peminat Cha Eun Woo bangkit sebab video tersebut adalah kerana ramai menuduh bahawa aktor ini sempurna kerana pembedahan plastik. Jadi, dari pengesahan ini, jelas terbukti bahawa Cha Eun Woo atau nama sebenarnya Lee Dong Min.

Kongsikan artikel ini